Kepada semua muslim dan muslimat dan semua manusia di muka bumi ini. Ingatlah kepada Allah kerana Dia ialah tuhan yang Maha Besar dan Esa. Ya Allah... di blog ini hambaMu ingin sekali menyatakan bahawa Aku amat bertuah menjadi insan bergelar muslim. Ya Allah di sini juga aku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala dosaku kepadaMu dan kepada semua manusia ampunilah dosaku sekiranya dosaku banyak pada kamu sekelian. Di blog ini juga aku ingin memohon ampun dan halalkanlah segala-galanya. Aku insan lemah, teramat lemah. Hanya Pada Allah aku memohon agar ia menjadikan tubuh badan dan mental keluargaku dan kedua orang tuaku sihat walafiat. Ya Allah aku juga memohon agar engkau penjangkanlah umur kami sekeluarga dan panjangkanlah juga umur sekelian saudara kami.
Ya Allah, aku memohon agar islam akan terus kuat dan semakin kuat di sanubari kami umat islam. Ya Allah perkenankanlah doa kami dan tempatkanlah kami ke dalam syurgaMu, Ya Allah.