Monday, March 3, 2008

Indahnya Malam

Assalamualaikum..........................
Malam ini aku sedang melaksanakan tugasan aku sebagai seorang guru. Alangkah bersyukur diriku tatkala ini. Pada ketika saat-saat genting dilalui oleh mereka yang berada di Palestin, Iraq, Afghanistan dan pada ketika nyawa mereka dijadikan seperti bola sepak yang mudah untuk disepak terajang, aku masih boleh mentelaah pelajaran, mengabdi diri pada Allah dan bermuhasabah diri.
Ya Allah..........Pada malam yang dingin ini Ya Allah jadikanlah diriku sebagai insan yang soleh. Jadikanlah isteri serta anak aku kelak sebagai insan-insan yang engkau redhai hidupnya di dunia dan akhirat.
kadang-kadang aku terfikir alangkah indahnya hidup ini jika aku dapat bersama Rasullullah memperjuangkan agama Islam yang tercinta. Alangkah indahnya diriku jika semua manusia di muka bumi ini adalah insan yang soleh dan baik. Alangkah indahnya jika semua manusia bersatu padu menentang syaitan Laknatullah. Namun aku perlu segera sedar, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kenapa aku dilahirkan sekarang , kenapa ayah dan ibuku adalah ibu bapaku kini dan kenapa aku menjadi islam.

Sunday, March 2, 2008

Ucapkanlah Salam

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang sedikit kepada orang yang banyak

Tidak halal bagi seorang islam tidak bertegur sapa dengan saudaranya ( Termasuk kawan sesama islam ) lebih daripada 3 malam(hari). Keduanya saling bertemu juga, tetapi mereka saling tak acuh satu sama lain. Yang paling baik antara keduanya ialah yang lebih dahulu memberi salam.

Nabi berpesan kepada Anas b malik RA yang pada waktu itu masih kanak-kanak, " Wahai anakku, jika kamu masuk ke rumah keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya ia akan mendatangkan berkat ke atas dirimu dan penghuni rumahmu"
Assalamualaikum.......ini adalah gambar anakku yang tersayang iaitu Muhammad Irfan bin M.Noor Hadi. Ini juga merupakan kali pertama saya memulakan blog saya bagi mencari erti kehidupan yang lebih diredhai oleh ALLAH s.w.t.