Assalamualaikum................................
Kepada pembaca sekelian... saya bukanlah seorang insan yang terbaik tetapi saya merupakan seorang insan yang sangat lemah, hina lagi keji. DI blog ini saya meluahkan segala perasaan saya buat semua insan yang tersayang
Buat semua yang pernah mengenali M.Noor Hadi ini, hanya satu yang ada di hatiku ini iaitu saya sayang anda semua. Tidak kira sama ada anda rakan sekerja, sekelas, sepermainan bahkan jika anda asalah orang atasan atau bawahan percayalah saya tidak pernah membenci anda semua. Setiap kali saya dimarahi dan dikeji, saya ambil ia sebagai satu teguran dan teguran itu tandanya sayang. setiap kali saya diumpat atau dikeji, saya tidak akan menyalahkan anda kerna saya percaya mungkin saya banyak buat dosa pada kalian semua dan saya berhak diumpat dan dikeji sebagai tanda saya perlu memperbaiki diri dan bermuhasabah diri. dan di hati saya tiada sekelumit dendam untuk kalian semua kerana satu sahaja iaitu saya sayang anda semua.
Kalaulah boleh ingin kupeluk kalian semua. Kalaulah boleh aku sayangkan semua manusia di muka bumi ini dan kalau boleh ingin kutarik semua ke syurga Illahi. Tapi aku, adakah aku akan berjaya ke sana?. Ya Allah..... ku titipka nukilan ini buatMu. Ya Allah kudoakan semoga semua yang kusayang agar sentiasa disayangi olehMU. Ya Allah..... aku sedar aku serba kekurangan. tapi kau berikan aku sahabat-sahabat yang sudi menegurku. Terima Kasih Ya Allah. Ya Allah ..... andainya sahabat-sahabatku terbaca nukilan ini sampaikan kepada merka bahawa aku sayangkan mereka.
Ya Allah.... di malam ini ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, adik-adiku, isteri dan anakku, rakan-rakan ku, anak muridku, serta semua umat muslim dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah mati
Di kesempatan ini juga ku memohon kepada sesiapa sahaja yang membaca blog ini, maafakanlah segala kesalahanku, halalkanlah segala makan minumku dan doakanlah aku hidup bahagia dunia dan akhirat.
Allahu akbar.allahu akbar...........................allhuakbar